Tuesday, November 26, 2024

MENGENAL MELAYU ISI DAN KULITNYA


 MENGENAL MELAYU ISI DAN KULITNYA. 


1. Apakah yg di maksudkan dengan “Jati Diri ” Melayu yang hilang ?


Jati :

- Definasi jati itu sendiri merujuk kepada nilai yang sangat kuat, kukuh dan memiliki prinsip asas dalam pemikirannya.


Diri :

- Manakala diri itu pula merujuk terhadap kesedaran tubuh manusia itu sendiri yang mengambil kira aspek pemikiran, kepercayaan, budaya, bahasa, dan perkara berkaitan diri.


Jati diri yang Asli :

- Ialah sesuatu aspek nilai yang asli dan tidak pernah berubah yang menjadi prinsip terhadap pemikiran manusia dalam perjalanan hidupnya.


Sejati :

- Jati diri juga ialah sesuatu yg sudah sejati dengan diri manusia itu sendiri kerana ia sudah menjadi sebati, serta pasak di dalam pemikirannya. Ia juga merupakan teras di dalam diri manusia itu.


2. Apakah kaitan sebenar 'Jati Diri' yang dikatakan sejati dari aspek pemikiran manusia itu sendiri ?


- Maka disinilah ramai yang tidak tahu bahawa sesuatu yang sangat berkait rapat terhadap pemikiran manusia itu, yang juga menjadi prinsip hidupnya ialah keruhaniannya iaitu ( kepercayaan ) !


3. Mengenal Melayu :

- Mengenal Melayu adalah mengenal isi dan kulitnya.

Bukan hanya sekadar mengenal di atas kulit Melayu itu namun yg lebih penting ialah isinya itu sendiri iaitu ( keruhaniannya ).


Atas faktor ini, amat penting bagi kita sebagai orang Melayu untuk memahami konsep terhadap perubahan fizikal dan perubahan keruhanian yg telah berlaku dalam Sejarah Melayu.


4. Bagaimana proses ini boleh berlaku ?

- Sekiranya keruhanian manusia itu tidak pernah berubah dari satu tamadun ke tamadun yg lain, maka kita akan mendapati bahawa identiti yang sama di dalam kehidupan bangsa manusia.


Nescaya jika kesemua keruhanian itu sendiri adalah sama, maka tidak perlulah banyak agamanya, kepercayaannya, kefahamannya serta falsafah kehidupannya.

Inilah yang hendak dipaparkan apabila membincangkan Melayu itu, ia harus di dalam dua konteksnya iaitu mengenal isi dan kulitnya.


5. Sekiranya fizikal manusia itu mengalami proses perubahan dari satu era ke era yang lain, maka sudah pasti pemikirannya juga turut mengalami perubahan akibat berlakunya asimilasi (percampuran) terhadap kepercayaan, budaya, serta tamadun manusia itu sendiri.


Jadi persoalanya di sini...


1. Apakah yang menjadi prinsip dalam pemikiran orang Melayu dahulu yang menyebabkan bangsa Melayu purba itu sangat hebat sehingga tenggelamnya tamadun di benua Sunda ini serta mengakibatkan terpisahnya Malaysia dan Indonesia sebagai sebuah kerajaan mendepani kerajaan-kerajaan lain di dunia dari aspek teknologi, tamadun, budaya dan falsafah pemikirannya itu ?


2. Apakah kepercayaan serta prinsip yang membuatkan jati diri mereka begitu kuat sehinggakan tamadun Sunda adalah satu peradaban dunia yang sangat hebat dari setiap aspek terutama tekonologi dan peradaban itu sendiri ?


Apa dan bagaimana ?

Tepuk dada tanya diri.


photo credit : Panthera Onca Studio Official

No comments:

Post a Comment