Saturday, August 2, 2025

ADAB BERGURU ORANG MELAYU DI ZAMAN DULU


 Adab berguru orang melayu dizaman dulu


Orang Melayu dulu begitu menekankan ajaran adab berguru..  supaya anak taat dan beradab kepada guru serta orang yang lebih tua daripadanya. 


Kedudukan seorang guru dianggap mulia sehinggakan ibu bapa pasrah dan rela guru memukul anak mereka.. asalkan anak mereka berupaya meraih manfaat ilmu daripada guru.


Antara adab berguru dulu.. semasa permulaan mahu mendapatkan khidmat guru.. ibu bapa akan memberi semacam hadiah kepada guru sebagai syarat. 


Sebagai contoh.. ada hadiah berbentuk kain atau pakaian dan ada juga yang memberi hadiah Al-Quran.. tasbih.. tongkat dan rotan. Ada juga yang memasakkan pulut kuning dan ayam jantan. 


Biasanya isi ayam jantan akan dimakan oleh murid dihadapan guru. Rasionalnya.. seorang guru dapat membaca isi hati.. niat dan perilaku bakal muridnya.. hanya dengan melihat cara murid itu makan. Atau pun ketika menyerahkan sirih pinang sebagai simbolik meminang ilmu.. ketika penyerahan itu guru menilai kesungguhan murid.


Ada juga adab berguru dalam perguruan silat yang memberi hadiah kepada guru setiap hari selepas pendidikan atau hanya selepas tamat berguru. Apa pun hadiah yang diberikan adalah sebagai syarat menyatakan keikhlasan dan keredhaan ibu bapa yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada guru.


Guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu. Seorang guru adalah manusia yang berilmu.. berfikiran jauh.. matang dan menggunakan kepakarannya untuk membimbing orang lain. 


Perkataan guru diambil daripada perkataan Sanskrit. gu bererti kegelapan dan ru pula bererti cahaya. Justeru tugas guru adalah untuk ‘menerangkan kekaburan’ pelajarnya. 


Tugas guru sebagai penyuluh jalan yang gelap.. haruslah membimbing pelajar yang tidak faham dan tidak tahu.. supaya tahu dan faham.


Ada pujangga yang mengatakan, ‘ilmu itu dimulut guru’. Frasa ini memberi maksud bahawa guru tetap relevan dalam proses menuntut ilmu. 


Menuntut ilmu tanpa guru pula boleh menyebabkan seseorang itu menjadi hilang pedoman sehingga memberikan tafsiran ilmu yang salah. Sebab itulah dalam Islam ada mengatakan.. seseorang yang belajar tanpa guru itu menjurus ke arah berguru dengan syaitan. 


Apabila syaitan menyesatkan manusia yang dalam pencarian ilmunya.. manusia itu boleh menjadi isim. Isim dapat disifatkan sebagai gangguan mental akibat rasa tertekan semasa menuntut ilmu.


Terdapat 4 cara menuntut ilmu:-


Pertama.. ilmu dapat daripada ajaran guru.


Kedua.. melalui kaedah mencuba (trial and error).


Ketiga.. melalui kaedah meniru atau mengikut panduan yang diberi.


Keempat.. melalui cara berfikir tentang setiap tindakan yang telah atau akan diambil (reflection).


Dulu.. kita sentiasa mendengar cerita bahawa seorang guru tidak akan mengajar kesemua pengetahuan yang dimilikinya. Kalau guru ada 10 ilmu.. dia hanya memberikan 9. Kononnya 1 ilmu yang tinggal itu amat berguna sekiranya murid itu menentang guru kemudian hari. Sekiranya guru memberikan kesemua ilmunya, murid itu pasti berjaya menewaskannya suatu hari nanti. 


Sebenarnya.. cerita cerita sedemikian hanyalah sekadar gertak je.. untuk menakut nakutkan murid supaya tidak menentang guru sendiri suatu hari nanti. 


Dalam fikiran murid pasti akan sentiasa berfikir bahawa si guru tetap lebih ilmunya. Padahal 1 ilmu yang tidak diajar guru itu sememangnya tidak boleh diajar. Ilmu itu harus didapatkan sendiri oleh sesiapa saja melalui pengalaman dan hati yang terang serta ikhlas.


Selain itu adab berguru orang dulu dulu setiap kali menerima sesuatu amalan.. menjadi kewajiban mereka untuk mendapat ijazah amal atau kebenaran amal supaya berkat amalannya. Setelah mendapat ijazah amal lalu murid itu sedaya upaya menghafalnya kemudian akan mengadap guru untuk membaca hafalannya. 


Setelah guru berpuashati dengan hafalan murid.. guru akan memberi tata cara amal dan seterusnya murid akan mengamalkannya dengan yakin dan berterusan.


Kalau berguru.. biarlah dengan orang yang tahu..  bukannya orang yang langsung tidak tahu menahu. Siapa guru.. amat penting dalam mencorakkan pemikiran dan perlakuan anak anak kita. 


Justeru sebagai pemegang gelaran guru..  guru harus sedar bahawa pada ketika yang sama mereka adalah seorang pelajar. 


Guru perlu sentiasa belajar untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya bagi menjadi pendidik yang profesional untuk mencapai matlamat pendidikan bertaraf dunia.


Kesimpulannya.. guru yang sebenar perlu mempunyai ilmu.. amal.. akal dan sabar supaya ilmu itu dapat dijadikan bekal warisan ke anak cucu. Manakala murid yang sebenar pula akan bersungguh sungguh belajar.. taat.. iklas dan redha dengan setiap ajaran guru.


Wallahualam.

Sumber Fb

Abi Chai Al Ajami

No comments:

Post a Comment