Tuesday, November 26, 2024

MENGENAL MELAYU ISI DAN KULITNYA


 MENGENAL MELAYU ISI DAN KULITNYA. 


1. Apakah yg di maksudkan dengan “Jati Diri ” Melayu yang hilang ?


Jati :

- Definasi jati itu sendiri merujuk kepada nilai yang sangat kuat, kukuh dan memiliki prinsip asas dalam pemikirannya.


Diri :

- Manakala diri itu pula merujuk terhadap kesedaran tubuh manusia itu sendiri yang mengambil kira aspek pemikiran, kepercayaan, budaya, bahasa, dan perkara berkaitan diri.


Jati diri yang Asli :

- Ialah sesuatu aspek nilai yang asli dan tidak pernah berubah yang menjadi prinsip terhadap pemikiran manusia dalam perjalanan hidupnya.


Sejati :

- Jati diri juga ialah sesuatu yg sudah sejati dengan diri manusia itu sendiri kerana ia sudah menjadi sebati, serta pasak di dalam pemikirannya. Ia juga merupakan teras di dalam diri manusia itu.


2. Apakah kaitan sebenar 'Jati Diri' yang dikatakan sejati dari aspek pemikiran manusia itu sendiri ?


- Maka disinilah ramai yang tidak tahu bahawa sesuatu yang sangat berkait rapat terhadap pemikiran manusia itu, yang juga menjadi prinsip hidupnya ialah keruhaniannya iaitu ( kepercayaan ) !


3. Mengenal Melayu :

- Mengenal Melayu adalah mengenal isi dan kulitnya.

Bukan hanya sekadar mengenal di atas kulit Melayu itu namun yg lebih penting ialah isinya itu sendiri iaitu ( keruhaniannya ).


Atas faktor ini, amat penting bagi kita sebagai orang Melayu untuk memahami konsep terhadap perubahan fizikal dan perubahan keruhanian yg telah berlaku dalam Sejarah Melayu.


4. Bagaimana proses ini boleh berlaku ?

- Sekiranya keruhanian manusia itu tidak pernah berubah dari satu tamadun ke tamadun yg lain, maka kita akan mendapati bahawa identiti yang sama di dalam kehidupan bangsa manusia.


Nescaya jika kesemua keruhanian itu sendiri adalah sama, maka tidak perlulah banyak agamanya, kepercayaannya, kefahamannya serta falsafah kehidupannya.

Inilah yang hendak dipaparkan apabila membincangkan Melayu itu, ia harus di dalam dua konteksnya iaitu mengenal isi dan kulitnya.


5. Sekiranya fizikal manusia itu mengalami proses perubahan dari satu era ke era yang lain, maka sudah pasti pemikirannya juga turut mengalami perubahan akibat berlakunya asimilasi (percampuran) terhadap kepercayaan, budaya, serta tamadun manusia itu sendiri.


Jadi persoalanya di sini...


1. Apakah yang menjadi prinsip dalam pemikiran orang Melayu dahulu yang menyebabkan bangsa Melayu purba itu sangat hebat sehingga tenggelamnya tamadun di benua Sunda ini serta mengakibatkan terpisahnya Malaysia dan Indonesia sebagai sebuah kerajaan mendepani kerajaan-kerajaan lain di dunia dari aspek teknologi, tamadun, budaya dan falsafah pemikirannya itu ?


2. Apakah kepercayaan serta prinsip yang membuatkan jati diri mereka begitu kuat sehinggakan tamadun Sunda adalah satu peradaban dunia yang sangat hebat dari setiap aspek terutama tekonologi dan peradaban itu sendiri ?


Apa dan bagaimana ?

Tepuk dada tanya diri.


photo credit : Panthera Onca Studio Official

Tuesday, November 12, 2024

KEWUJUDAN MANUSKRIP BEDIL

 


Kewujudan manuskrip bedil ini adalah salah satu bukti kukuh yang menyanggah penulisan sejarah kononnya orang Melayu dahulu berperang hanya menggunakan keris, parang, pedang dan tombak. Jika pengajian sejarah disekolah saya pasti kita semua tahu apa yang diajarkan dan dikhabarkan bahwa kejatuhan kota Melaka dahulu adalah kerana ketinggalan dari segi teknologi senjata. Sedangkan punca kekalahan Kota Melaka ketika itu adalah kerana ramainya pengkhianat dari dalam. 

Sedangkan Kota Melaka ketika itu sudah memiliki meriam, Dan ada catatan dari pengkaji luar menyatakan bahwa Meriam Melaka itu setanding dengan meriam dari jerman, Dalam serangan portugis yang pertama ke atas kota Melaka, Tok nenek moyang kita ketika itu menggunakan meriam dari darat untuk menyerang askar Portugis yang datang dari laut, Walaupun sebahagian mereka berjaya naik ke darat dan menawan jambatan kota melaka tetapi orang Melayu kita berjaya menumpaskan mereka, serangan itu berlangsung dari waktu subuh hingga petang. 

Berbalik kepada manuskrip bedil, Setakat ini para pengkaji sejarah kita telah menjumpai 24 buah manuskrip mengenai bedil, 6 buah ada di Malaysia dan selebihnya beradi di luar negara seperti Singapore dan British. Gambar manuskrip dibawah itu adalah manuskrip yang telah ditulis ataupun disalin semula pada penghujung abad 18-19 Masihi. Didalamnya tercatat berbagai ilmu berkaitan bedil termasuklah doa² dan mantera untuk peluru dan membedil. Manuskrip tersebut membuktikan orang Melayu kita menerapkan ilmu tasawuf dalam senjata dan ilmu Tauhid dalam peperangan yakni Keyakinan kepada Allah secara total. 

Antara isi kandungannya : 
"Adapun yang sebenar-benar makrifat itu ikhtiar , Apabila berdiri sudah demikian, Iaitu berdiri iradat Allah dengan Kudrat Allah, Jangan dicita-cita lagi tembak yang lebih daripada ini. Maka inilah tembak dunia akhirat."
Dalam manuskrip tersebut lengkap mengajarkan beberapa jenis tembakan seperti Tembakan bidak (Jarak jauh) , Tembakan kilat (Jarak dekat) , Tembakan ustaz (Head Shot) , Tembakan alat (Bahagian badan). Kagum bukan ? Segala ilmu berkaitan bedil terdapat dalam manuskrip tersebut , Yang diantaranya ilmu mengenal peluru, Ilmu ketepatan, Ilmu jarak, Syarat dan Rukun tembakan dan bermacam lagi. 

Kalau penembak biasanya main isi je peluru Lepastu aim, Tapi Tok Nenek moyang kita ada cara dan petua tersendiri, Sebelum menembak mereka akan ambil 7 peluru dan diletakkan atau dituangkan dalam genggaman tangan, Ini adalah ilmu mengenal peluru mematikan yang dinamakan "peluru tuang" mana² peluru yang berada ditapak tangan itu menghadap ketubuh kita, Maka peluru tersebutlah yang digunakan. 

Dan pandai tembak Melayu akan berkata : 
"Jibril nama peluru aku, Mikail nama tembak aku, israfil nama bedil aku, Izrail nama tangan aku, Barang kehendak aku diikut olehmu, Dengan berkat Dato Raja Lela."

Selepas itu pandai tembak Melayu akan menggigit peluru tersebut, Sambil berkata YaRabbu YaRabbu, Kemudian dicalitkan dengan lidah dengan berkata "Tulang urat jalan engkau hanya jantung tempat engkau, Aku tembakkan bagi Allah padamu, Dengan berkat Lailaha illa Allah Muhammadur Rasulullah." 
Barulah tembakan dilepaskan....

Jika berhadapan dengan musuh seorang sniper , Mereka akan membaca doa dengan berkat Rasulullah S.A.W , 
"WamahumBidorrinaBihi, Min Ahadin Illa Biiznillah." Doa ini akan dibaca sebanyak 3 kali, Dengan izin Allah peluru musuh akan melencong. 
Jika mereka berhadapan dengan orang yang kebal, Mereka akan menggunakan peluru emas, perak atau suasa dan dibidik ke jantung musuh dan ditembak dengan satu nafas saja. 

Masih banyak lagi ilmu² orang Melayu kita dahulu, Ilmu Tasawuf memang tidak akan pernah ditinggalkan dalam tiap² ilmu yang mereka laksanakan, Bagi mereka bedil itu hanyalah satu alat yang mencapat matlamat selebihnya adalah kehendak Allah Jua. Begitulah hebatnya Tauhid nenek moyang kita dahulu, Segala yang mereka lakukan dengan niat Lillahi Ta'ala dan penuh keyakinan kepada Tuhan, Jika ilmu yang mereka terapkan dan laksanakan tidak menjadi, Maka mereka tidak mengeluh kerana mereka yakin Itu kehendak Allah Ta'ala. 
Wallahu'alam. 

Al-Fatihah buat semua pejuang Melayu Islam yang telah syahid mempertahankan Agama Allah dan Tanah Air kita. Berkat perjuangan dan pengorbanan mereka islam sampai kepada kita hari ini.





Thursday, October 24, 2024

3 SIKAP ORANG BANGSA MELAYU YANG BERTABUARAN DI NUSANTARA

 


3 SIKAP ORANG BANGSA MELAYU YANG BERTABUARAN DI NUSANTARA

3 sikap orang bangsa Melayu yg bertaburan di nusantara ini yang diperhatikan...


1) Walau Melayu ini nampak macam berpecah retak seribu, tapi dalam diam hati mereka bersatu. Jadi, kalau nampak orang melayu bergaduh mulut sesama mereka, biarkan saja mereka selesaikan hal mereka. Jangan cuba yg lain masuk campur, nanti yg sedang bergaduh itu tiba-tiba bergabung dan hentam yg masuk campur itu.


2) Mereka pendiam bila berdendam. Paling pantang pada mereka ialah pengkhianat yg ada dalam bangsa mereka. Sebab itu dalam ilmu perang orang melayu, ada 1 pelajaran penting.


“𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐬𝐮𝐡 𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐲𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠, 𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮 𝐡𝐚𝐩𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐥𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐤𝐡𝐢𝐚𝐧𝐚𝐭 𝐲𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧𝐠.”


3) Bahasa mereka lembut, muka juga lembut, tarian mereka lemah lembut, segalanya tentang mereka nampak macam lembut. Itu sebenarnya penyamaran mereka. Tapi entah datang dari mana, kalau diseru kena dengan caranya, tiba-tiba mereka jadi amat keras dan mengamuk redah segala-gala. Masalah yg lebih besar ialah, amuk mereka ini berjangkit dan berangkai. Kalau dah bermula, payah nak diberhentikannya. Jadi, janganlah minta untuk mula.


Akhir kata, selamilah 2 pantun ini...


𝕶𝖆𝖑𝖆𝖚 𝖓𝖆𝖐 𝖙𝖆𝖍𝖚 𝖉𝖚𝖗𝖎 𝖘𝖊𝖒𝖆𝖑𝖚,

𝕾𝖊𝖓𝖙𝖚𝖍 𝖉𝖆𝖚𝖓𝖓𝖞𝖆 𝖉𝖆𝖍𝖆𝖓 𝖞𝖌 𝖙𝖊𝖗𝖐𝖚𝖑𝖆𝖎,

𝕶𝖆𝖑𝖆𝖚 𝖓𝖆𝖐 𝖙𝖆𝖍𝖚 𝖉𝖆𝖗𝖆𝖍 𝖒𝖊𝖑𝖆𝖞𝖚

𝕯𝖎𝖆𝖒𝖓𝖞𝖆 𝖒𝖊𝖓𝖌𝖆𝖙𝖚𝖗 𝖒𝖆𝖞𝖆𝖙 𝖙𝖊𝖗𝖘𝖎𝖉𝖆𝖎.


𝕵𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝖘𝖊𝖑𝖊𝖗𝖆𝖐 𝖓𝖆𝖘𝖎 𝖆𝖙𝖆𝖘 𝖉𝖚𝖑𝖆𝖓𝖌,

𝕹𝖆𝖓𝖙𝖎 𝖆𝖓𝖆𝖐 𝖙𝖆𝖐 𝖘𝖊𝖒𝖕𝖆𝖙 𝖒𝖊𝖓𝖞𝖚𝖘𝖚.

𝕵𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝖘𝖆𝖒𝖕𝖆𝖎 𝖍𝖆𝖗𝖎𝖒𝖆𝖚 𝖇𝖊𝖗𝖌𝖆𝖇𝖚𝖓𝖌 𝖍𝖊𝖑𝖆𝖓𝖌,

𝕳𝖆𝖇𝖎𝖘 𝖉𝖎𝖘𝖆𝖒𝖇𝖆𝖗 𝖇𝖎𝖑𝖆 𝖐𝖊𝖑𝖚𝖆𝖗 𝖐𝖚𝖐𝖚.


*Kenali asalmu, dalami jiwamu*


Kredit : S i l a t

Serai Padang

#Lovers Of the World Military & Defence 

@everyone