Sunday, January 19, 2025

BETAPA HEBATNYA ORANG MELAYU DALAM BAB BESI ZAMAN DAHULU.


 BETAPA HEBATNYA ORANG MELAYU DALAM BAB BESI ZAMAN DAHULU.


BESI KUNING


Besi kuning merupakan besi yang jarang dijumpai. Ia dipercayai berasal sarang lebah yang berbentuk seperti kepompong kecil dan ada lubangnya sebesar lubang jarum,biasanya ada di atas gunung.


Di dalam kepompong itulah terdapat sepasang besi berwarna kuning, yang disebut dengan istilah Besi Kuning.


Ada orang yang mengatakan bahawa keris Taming Sari menggunakan campuran besi kuning selain enam besi yang lain.


BESI KURSANI


Besi Kursani dikatakan merupakan besi asli yang paling kuat. Dikatakan juga, besi kursani ditarik dari kerak bumi . Menurut kata orang tua-tua, besi kursani sama kejadiannya dengan besi yang ada dalam tubuh manusia.


Besi Kursani dikatakan berkhasiat sebagai pelaris, pemanis diri, menaikkan darjat dan ada juga yang percaya boleh membuat pemiliknya kebal.

Kebiasaannya orang zaman dahulu pasti mencampurkan sedikit besi ini dalam pembuatan keris-keris terpilih.


BESI KERIS


Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau.


Keris merupakan satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam.


Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.


Sang Guna adalah orang pertama di zaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal.


Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut.


Raja Islam pertama di Brunei, iaitu Awang Alak Betatar atau Sultan Mohammad Syah, dikatakan pernah ke gunung Kinabalu untuk menumbangkan seekor seladang bertanduk emas yang selama ini merosakkan tanaman halianya.


Semasa memburu seladang itu, tanpa disedari pemburuan tersebut membawa baginda ke gunung Kinabalu. Baginda telah menemui besi tahi bintang.


Besi itu ditempa menjadi dua bilah pedang yang panjang dan berwarna hitam. Menurut cerita, semasa Awang Alak Betatar menguasai kerajaan Barunah, bersama-sama baginda tersisip sebilah pedang di pinggang baginda sebagai senjata dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah Azza wa jalla.


Sebilah pedang lagi baginda titipkan kepada anakanda baginda Sultan Awang Koyoh.


Kredit -  446

Sunday, January 12, 2025

AMUK


 (1614) Perkataan "amuk" sudah digunakan di dalam tulisan Sejarah Melayu yang bertarikh tahun 1614 dan ia diulang beberapa kali di antaranya seperti berikut;


“Beramuk-amukan, terlalu sabur, rupa kilat cahaya senjata seperti kilat dilangit, sabung-menyabung, gemuruh bunyi bahana tempik hulubalang, dan gemerencing bunyi senjata seperti akan sampai ke langit.” 


Amuk merupakan perkataan yang selalu muncul dalam manuskrip Melayu lama. Ini kerana orang Melayu dikatakan selalu “amuk” untuk mendapatkan sesuatu perkara contohnya untuk mempertahankan diri serta tanah air jika diserang. Selain itu, amuk juga dilakukan untuk menuntut bela atas kematian seseorang ataupun kerana maruahnya tercabar. Amuk ini bukan sahaja mengerunkan kita orang Melayu tetapi turut digeruni oleh penjajah.


Jono de Barros dalam Decada IV ada menyebutkan;


"Dan mereka menganggap sangat tidak dimaafkan apabila dahi mereka disentuh dengan tangan, mereka menamakan balas dendam ini dengan amuk".


Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa amuk orang Melayu itu boleh berlaku dalam perkara yang cukup kecil namun menggores maruah. Dengan hanya menyentuh dahi sudah cukup untuk orang Melayu melakukan amuk.  


Frank Swettenhem dalam bukunya  Malay Sketches menghuraikan perihal amukan orang Melayu;


“ Orang Melayu pantang menerima sebarang penghinaan, padanya hal ini harus dihapuskan sekalipun dengan pertumpahan d4rah. Jika dia merasa maruahnya dicemarkan, sama ada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan perasaan itu dalam hatinya sehingga dia betul-betul dihantui dengan niat untuk menuntut bela.”


Sejarah Melayu menceritakan amuk yang berlaku semasa perang antara Melaka dengan Kelantan. Dan amuk turut digunakan semasa perang antara Melaka dengan Siam. Dalam Perang Melaka-Siam II, Tun Omar anak kepada Tun Hamzah telah melakukan amuk seorang diri ke atas perahu angkatan Siam sehingga menyebabkan Siam merasa gerun dengan kekuatan tentera Melaka. Dalam Perang Musuh Bisik pula, serangan mengejut 7000 tentera Siam telah mengejutkan pembesar dan pahlawan Kedah yang tidak bersedia  bersama ratusan lagi penduduk Kedah  telah melakukan amuk sehingga berjaya membunuh ramai tentera Siam, walaupun akhirnya mereka terkorban kerana mempertahankan tanah air. Itulah amukan Melayu, iaitu satu sifat tindak balas jika mereka merasakan maruah dan air muka mereka tercalar, agama mereka diperlekeh atau tanah air mereka diinjak-injak.


#JagatIMPAK

#Amuk

#PerihalMelayu


Sumber: The Patriots

Wednesday, January 8, 2025

MANUSKRIPT KERIS :Mengenai "Manuskrip Keris"

 


MANUSKRIPT KERIS :Mengenai "Manuskrip Keris" yang kita lihat pada gambar di bawah, ianya ditulis oleh Tok Pulai Chondong.Beliau meninggal dunia pada tahun 1874 Masihi, jadi manuskrip itu sudah berusia 200 tahun lebih. 

Selain tatacara membuat keris yang ada dalam manuskript tersebut, ianya turut menceritakan tentang kewujudan dua bilah keris paling terkenal era zaman kegemilangan pemerintahan Melayu Melaka Lama. 

Ia tertera pada dua petikan ayat bergambar yang merujuk kepada senjata milik Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat. 

Berikut adalah terjemahan yang ditulis dalam bahasa Jawi :

   "Keris Hang Tuah juga turut
    menerangkan jumlah besi yang
    digunakan untuk membuat dua
    bilah keris tersebut. Bagi Keris
    Taming Sari sebanyak 20 jenis
    besi digunakan yang terdiri dari
    pada dua jenis utama iaitu
    campuran besi kursani dan tahi
    bintang (meteorite).
    Manakala bagi Keris Pengkarang
    (Keris Hang Jebat), dia dibuat
    dengan campuran 10 jenis besi
    dan di antara besi yang digunakan
    ialah juga tahi bintang".

Apa yang pasti, dua petikan ayat ini menimbulkan satu tanda tanya kepada kami malah membuatkan kami kagum, dari manakah Tok Pulai Chondong boleh mendapatkan maklumat tentang dua bilah keris ini secara terperinci. 

Jika diteliti tarikh asal manuskript ini ditulis, ia jelas menunjukkan bukan ditulis pada zaman Kerajaan Melaka. Dan setakat hari ini tiada maklumat lengkap diperolehi bagi menjawab segala persoalan ini.

Manuskrip tersebut mempunyai 38 halaman muka surat. Selain keris tercatat juga beberapa amalam zikir yakni Hizb al-Bahr. Zikir tersebut adalah "Zikir Perang" yang telah menjadi amalan pandekar kita dahulu.

Manuskript tersebut kini berada di Muzium Warisan Melayu UPM dibawah jagaan "Dr Muhammad Pauzi Abd Latif" selaku Pengarah Muzium dan pengkaji sejarah.

Al-Fatihah buat Tok Pulai Chondong. Jasanya amat besar kepada masyarakat Melayu khususnya di bumi Kelantan. Beliau selaku ulama terawal yang mengubah cara kehidupan rakyat di Kelantan dan menyebarkan Syi`ar Islam. 

Tak silap kami pondok beliau adalah pondok terawal di Kelantan yang dibina pada tahun 1820 Masihi.

Bissirril Fatihah.
~ #TengkuDaengMawelle
    24 Disember 2020

Untuk info #sejarah menarik,boleh join: https://t.me/sejarahtanahmelayu