Saturday, August 2, 2025

KERAMBIT, SENJATA MELAYU PALING KILLER YANG PENUH TAKTIKAL


KERAMBIT, SENJATA MELAYU PALING KILLER YANG PENUH TAKTIKAL


Kalau masa zaman penentangan penjajah, kerambit merupakan salah satu senjata kecil sangat-sangat digeruni musuh.


Setiap segi senjata ini penuh rahsia dan kegunaannya yang disesuaikan dengan setiap gerakan membunuh.


Kerambit digunakan dalam pertempuran jarak dekat dan memerlukan kemahiran yang tinggi oleh si pemakai.


Ketangkasan dalam pergerakan dan keupayaan mencari sendi pada seluruh tubuh adalah 'key' utama untuk melumpuhkan musuh.


Kepakaran mengawal emosi, pergerakan, dan kecepatan memanipulasi langkah yang diambil pihak musuh menjadi bonus untuk memastikan lawan menjadi lumpuh.


Bahkan pihak Inggeris mengakui bahawa kerambit merupakan senjata kedua berbahaya selepas Terakol yang dimiliki Pahlawan Melayu.


Terlalu banyak senjata yang mempunyai rahsia dan kegunaan yang tersendiri, dicipta oleh kebanyakkan pahlawan Melayu pandai besi.


Kemahiran ini digunakan bagi mempertahankan nyawa, keluarga, negara dan agama supaya tidak mudah dirobek.


Siapa kata Pahlawan Melayu mudah ditunduk?


Mereka dahulu amat mahir dalam seni pertempuran dan sejarah pun dah membuktikan bahawa kejatuhan empayar nusantara banyak berlaku disebabkan tamak harta dan kuasa yang


akhirnya membawa kepada pembelotan.


Ternyata bahawa penyakit si Kitol masih merebak dalam kalangan individu yang ada pada masa kini, hanya untuk memenuhi kehendak diri.


 √ Senorita 🌹

#Loves Of The World Military & Defense.

@everyone

ADAB BERGURU ORANG MELAYU DI ZAMAN DULU


 Adab berguru orang melayu dizaman dulu


Orang Melayu dulu begitu menekankan ajaran adab berguru..  supaya anak taat dan beradab kepada guru serta orang yang lebih tua daripadanya. 


Kedudukan seorang guru dianggap mulia sehinggakan ibu bapa pasrah dan rela guru memukul anak mereka.. asalkan anak mereka berupaya meraih manfaat ilmu daripada guru.


Antara adab berguru dulu.. semasa permulaan mahu mendapatkan khidmat guru.. ibu bapa akan memberi semacam hadiah kepada guru sebagai syarat. 


Sebagai contoh.. ada hadiah berbentuk kain atau pakaian dan ada juga yang memberi hadiah Al-Quran.. tasbih.. tongkat dan rotan. Ada juga yang memasakkan pulut kuning dan ayam jantan. 


Biasanya isi ayam jantan akan dimakan oleh murid dihadapan guru. Rasionalnya.. seorang guru dapat membaca isi hati.. niat dan perilaku bakal muridnya.. hanya dengan melihat cara murid itu makan. Atau pun ketika menyerahkan sirih pinang sebagai simbolik meminang ilmu.. ketika penyerahan itu guru menilai kesungguhan murid.


Ada juga adab berguru dalam perguruan silat yang memberi hadiah kepada guru setiap hari selepas pendidikan atau hanya selepas tamat berguru. Apa pun hadiah yang diberikan adalah sebagai syarat menyatakan keikhlasan dan keredhaan ibu bapa yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada guru.


Guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu. Seorang guru adalah manusia yang berilmu.. berfikiran jauh.. matang dan menggunakan kepakarannya untuk membimbing orang lain. 


Perkataan guru diambil daripada perkataan Sanskrit. gu bererti kegelapan dan ru pula bererti cahaya. Justeru tugas guru adalah untuk ‘menerangkan kekaburan’ pelajarnya. 


Tugas guru sebagai penyuluh jalan yang gelap.. haruslah membimbing pelajar yang tidak faham dan tidak tahu.. supaya tahu dan faham.


Ada pujangga yang mengatakan, ‘ilmu itu dimulut guru’. Frasa ini memberi maksud bahawa guru tetap relevan dalam proses menuntut ilmu. 


Menuntut ilmu tanpa guru pula boleh menyebabkan seseorang itu menjadi hilang pedoman sehingga memberikan tafsiran ilmu yang salah. Sebab itulah dalam Islam ada mengatakan.. seseorang yang belajar tanpa guru itu menjurus ke arah berguru dengan syaitan. 


Apabila syaitan menyesatkan manusia yang dalam pencarian ilmunya.. manusia itu boleh menjadi isim. Isim dapat disifatkan sebagai gangguan mental akibat rasa tertekan semasa menuntut ilmu.


Terdapat 4 cara menuntut ilmu:-


Pertama.. ilmu dapat daripada ajaran guru.


Kedua.. melalui kaedah mencuba (trial and error).


Ketiga.. melalui kaedah meniru atau mengikut panduan yang diberi.


Keempat.. melalui cara berfikir tentang setiap tindakan yang telah atau akan diambil (reflection).


Dulu.. kita sentiasa mendengar cerita bahawa seorang guru tidak akan mengajar kesemua pengetahuan yang dimilikinya. Kalau guru ada 10 ilmu.. dia hanya memberikan 9. Kononnya 1 ilmu yang tinggal itu amat berguna sekiranya murid itu menentang guru kemudian hari. Sekiranya guru memberikan kesemua ilmunya, murid itu pasti berjaya menewaskannya suatu hari nanti. 


Sebenarnya.. cerita cerita sedemikian hanyalah sekadar gertak je.. untuk menakut nakutkan murid supaya tidak menentang guru sendiri suatu hari nanti. 


Dalam fikiran murid pasti akan sentiasa berfikir bahawa si guru tetap lebih ilmunya. Padahal 1 ilmu yang tidak diajar guru itu sememangnya tidak boleh diajar. Ilmu itu harus didapatkan sendiri oleh sesiapa saja melalui pengalaman dan hati yang terang serta ikhlas.


Selain itu adab berguru orang dulu dulu setiap kali menerima sesuatu amalan.. menjadi kewajiban mereka untuk mendapat ijazah amal atau kebenaran amal supaya berkat amalannya. Setelah mendapat ijazah amal lalu murid itu sedaya upaya menghafalnya kemudian akan mengadap guru untuk membaca hafalannya. 


Setelah guru berpuashati dengan hafalan murid.. guru akan memberi tata cara amal dan seterusnya murid akan mengamalkannya dengan yakin dan berterusan.


Kalau berguru.. biarlah dengan orang yang tahu..  bukannya orang yang langsung tidak tahu menahu. Siapa guru.. amat penting dalam mencorakkan pemikiran dan perlakuan anak anak kita. 


Justeru sebagai pemegang gelaran guru..  guru harus sedar bahawa pada ketika yang sama mereka adalah seorang pelajar. 


Guru perlu sentiasa belajar untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya bagi menjadi pendidik yang profesional untuk mencapai matlamat pendidikan bertaraf dunia.


Kesimpulannya.. guru yang sebenar perlu mempunyai ilmu.. amal.. akal dan sabar supaya ilmu itu dapat dijadikan bekal warisan ke anak cucu. Manakala murid yang sebenar pula akan bersungguh sungguh belajar.. taat.. iklas dan redha dengan setiap ajaran guru.


Wallahualam.

Sumber Fb

Abi Chai Al Ajami

Tuesday, April 29, 2025

RAHSIA 40 HARI DALAM ILMU KEBATINAN


 Kenapa dalam amalan ilmu kebatinan (atau ilmu kerohanian, tenaga dalam, hikmah) perlu diamalkan dalam waktu tertentu seperti 21 hari, 40 hari, 44 hari, dan sebagainya?


1. Prinsip "Tathbit" (Penetapan Energi dan Spirit):

Dalam tradisi kebatinan, amalan berterusan dalam jangka masa tertentu bertujuan menetapkan getaran energi, memantapkan roh, dan menghubungkan jiwa kepada frekuensi spiritual tertentu.

Amalan berulang ini membuatkan roh dan batin kita menjadi benar-benar serasi dengan gelombang atau maqam ilmu tersebut. Kalau baru diamal sehari dua, kesan energinya masih 'longgar', belum sebati.


2. Prinsip "Takhliyah dan Tahliyah" (Pembersihan dan Pengisian):

Sebelum sesuatu ilmu atau energi suci 'masuk' dalam diri, ia perlu ruang. Amalan berpanjangan:


Menyucikan jasad, jiwa, dan roh daripada kotoran batin.


Mengosongkan diri dari sifat-sifat tercela (ghaflah, waswas, riya’, malas).


Mengisi diri dengan cahaya, kekuatan, dan energi spiritual baru.

Proses ini tidak boleh tergesa-gesa, sebab pembersihan diri mengambil masa – itulah sebab ada tempoh seperti 21, 40, atau 44 hari.


3. Prinsip "Mujahadah" (Kesungguhan Rohani):

Ilmu hakiki tidak diberikan kepada orang yang tidak sabar atau separuh hati.

Tempoh 21–44 hari itu adalah ujian kesungguhan dan istiqamah.


Kalau seseorang tahan mengamalkan selama 21 atau 40 hari, itu petanda rohnya cukup kuat untuk menerima ilmu tersebut.


Kalau separuh jalan sudah berhenti, itu isyarat rohaninya belum cukup bersedia.


4. Prinsip "Sinkronisasi Tubuh-Jiwa-Roh":

Tubuh fizikal, jiwa, dan roh perlu diselaraskan untuk ilmu kebatinan berfungsi dengan sempurna.


Tubuh dibiasakan dengan disiplin amalan.


Jiwa dibiasakan dengan khusyuk, sabar, dan ikhlas.


Roh dilatih untuk 'menyala' dan aktif.

Ini memerlukan masa yang stabil — tidak cukup sehari dua — sebab itu wujud angka khas seperti 21, 40 atau 44 hari.


5. Asal-Usul 21, 40, 44 Hari – Berdasarkan Tradisi Agama dan Kebatinan:


40 hari: Dalam Islam, 40 hari disebut banyak kali, contohnya Nabi Musa a.s beruzlah di Bukit Thursina selama 40 malam (QS. Al-Baqarah: 51).

Juga ada hadis yang menyebut kejadian manusia dalam rahim dalam fasa 40 hari, 40 hari, 40 hari.


21 hari: Dalam kebatinan, ia angka permulaan untuk stabilisasi frekuensi energi. 21 hari mampu menetapkan 1 gelombang getaran dalam tubuh.


44 hari: Ini biasanya dari tradisi hikmah dan sufi untuk penyempurnaan maqam tertentu (4 arah bumi, 4 unsur alam – Air, Api, Tanah, Angin — 44 sebagai penyatuan kosmik).


Kesimpulan Ringkas:

Tempoh tertentu itu bukan sekadar angka kosong. Ia:


Melatih istiqamah,


Menstabilkan getaran energi,


Membersihkan jiwa,


Menguatkan hubungan ruhani,


Mengukuhkan manifestasi ilmu di alam zahir.


Kalau dipercepatkan, hasilnya kosong, rapuh atau bahkan boleh merosakkan tubuh dan batin.


RAHSIA KHAS 40 HARI DALAM AMALAN KEBATINAN


*1. 40 Hari = Sempurnanya Transformasi Ruhani dan Frekuensi Energi

Dalam banyak jalur kebatinan dan sufi, 40 hari adalah masa:


Membakar kekotoran jiwa secara berperingkat.


Menukar getaran tubuh, jiwa, dan roh ke dalam bentuk baru (penyucian maknawi).

Orang yang betul-betul istiqamah 40 hari, auranya berubah, hati menjadi lebih peka, pintu hijab mula terbuka, dan energi ghaib ilmu mula mengalir.


2. 40 Hari = Mengikut Sunnah Proses Alam Semesta


Manusia sendiri dicipta dalam rahim dengan tahap 40 hari:


40 hari pertama — nutfah (air mani).


40 hari kedua — ‘alaqah (segumpal darah).


40 hari ketiga — mudghah (segumpal daging).


Selepas itu baru ditiupkan roh.

Maknanya:

Dalam 40 hari pertama, segala bentuk awal kehidupan berlaku. Begitu juga ilmu batin: perlu 40 hari untuk “lahir” dalam jiwa seseorang.


3. 40 Hari = Kaedah Warisan Para Nabi dan Wali Besar


Nabi Musa a.s diperintah beruzlah 40 malam sebelum menerima Taurat.


Rasulullah S.A.W banyak bertahannus (menyendiri) di Gua Hira' sebelum kerasulan, dan tradisi ahli sufi mengambil kaedah 40 hari khalwat dari sini.


Wali Qutub (pemimpin wali di zamannya) kebiasaannya menjalani "suluk" (uzlah) minimum 40 hari untuk setiap maqam kenaikan.


Rahsia:

Setiap 40 hari, terjadi perubahan besar dalam roh manusia, dari satu tahap kepada tahap yang lebih tinggi.


4. 40 Hari = Masa Perubahan Struktur ‘Memori Roh’

Dalam ilmu metafizik Islamik, roh manusia menyimpan memori spiritual seperti DNA.

Amalan konsisten 40 hari:


Memadamkan memori buruk atau kotor.


Menulis “memori suci” baru di dalam roh.

Ini sebab ada amalan tertentu yang baru berkesan selepas 40 hari tanpa henti.

Kalau berhenti di tengah jalan, proses "penulisan rohani" itu terganggu.


5. 40 Hari = Angka “Tawazun” (Keseimbangan Agung)

40 dalam kiraan ruhani adalah:


4 x 10


4 = Empat unsur alam (Tanah, Air, Api, Angin).


10 = Kesempurnaan (dalam numerologi Islamik).

Maka 40 hari adalah proses penyelarasan semua unsur alam dalam diri, supaya menjadi makhluk yang seimbang zahir dan batin.


Penjelasan Tambahan:


Dalam banyak ijazah ilmu kebatinan lama, selepas selesai 40 hari:


Diri seseorang akan mulai memiliki "daya tarikan energi semula jadi".


Muncul karomah kecil seperti firasat tajam, penyembuhan spontan, atau perlindungan ghaib.


Tubuh auranya berubah jadi lebih berat (bermagnetik spiritual).


Tetapi, semua ini sangat bergantung pada:


Niat yang ikhlas,


Kepatuhan penuh kepada disiplin amalan,


Tidak melanggar pantangan (seperti maksiat, berbohong, marah tidak terkawal).


Ringkasan Hikmah 40 Hari


Aspek_penyucian


Keterangan_membersih kotoran Dan nafsu


Aspek_penetapan energi


Keterangan_mencipta kestabilan gelombang Rohani 


Aspek_pengaktifan Rohani 


Keterangan_menyala Tenaga Ghaib Dan firasat Batin


Aspek_pengabungan unsur Alam 


Keterangan_menyatukan air,api,Angin Dan tanah Dalam Tubuh


Aspek_pembukaan Hijab 


Keterangan_memudahkan khasyaf, penglihatan Batin,daya Penyembuhan

Sunday, January 19, 2025

BETAPA HEBATNYA ORANG MELAYU DALAM BAB BESI ZAMAN DAHULU.


 BETAPA HEBATNYA ORANG MELAYU DALAM BAB BESI ZAMAN DAHULU.


BESI KUNING


Besi kuning merupakan besi yang jarang dijumpai. Ia dipercayai berasal sarang lebah yang berbentuk seperti kepompong kecil dan ada lubangnya sebesar lubang jarum,biasanya ada di atas gunung.


Di dalam kepompong itulah terdapat sepasang besi berwarna kuning, yang disebut dengan istilah Besi Kuning.


Ada orang yang mengatakan bahawa keris Taming Sari menggunakan campuran besi kuning selain enam besi yang lain.


BESI KURSANI


Besi Kursani dikatakan merupakan besi asli yang paling kuat. Dikatakan juga, besi kursani ditarik dari kerak bumi . Menurut kata orang tua-tua, besi kursani sama kejadiannya dengan besi yang ada dalam tubuh manusia.


Besi Kursani dikatakan berkhasiat sebagai pelaris, pemanis diri, menaikkan darjat dan ada juga yang percaya boleh membuat pemiliknya kebal.

Kebiasaannya orang zaman dahulu pasti mencampurkan sedikit besi ini dalam pembuatan keris-keris terpilih.


BESI KERIS


Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau.


Keris merupakan satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam.


Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.


Sang Guna adalah orang pertama di zaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal.


Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut.


Raja Islam pertama di Brunei, iaitu Awang Alak Betatar atau Sultan Mohammad Syah, dikatakan pernah ke gunung Kinabalu untuk menumbangkan seekor seladang bertanduk emas yang selama ini merosakkan tanaman halianya.


Semasa memburu seladang itu, tanpa disedari pemburuan tersebut membawa baginda ke gunung Kinabalu. Baginda telah menemui besi tahi bintang.


Besi itu ditempa menjadi dua bilah pedang yang panjang dan berwarna hitam. Menurut cerita, semasa Awang Alak Betatar menguasai kerajaan Barunah, bersama-sama baginda tersisip sebilah pedang di pinggang baginda sebagai senjata dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah Azza wa jalla.


Sebilah pedang lagi baginda titipkan kepada anakanda baginda Sultan Awang Koyoh.


Kredit -  446

Sunday, January 12, 2025

AMUK


 (1614) Perkataan "amuk" sudah digunakan di dalam tulisan Sejarah Melayu yang bertarikh tahun 1614 dan ia diulang beberapa kali di antaranya seperti berikut;


“Beramuk-amukan, terlalu sabur, rupa kilat cahaya senjata seperti kilat dilangit, sabung-menyabung, gemuruh bunyi bahana tempik hulubalang, dan gemerencing bunyi senjata seperti akan sampai ke langit.” 


Amuk merupakan perkataan yang selalu muncul dalam manuskrip Melayu lama. Ini kerana orang Melayu dikatakan selalu “amuk” untuk mendapatkan sesuatu perkara contohnya untuk mempertahankan diri serta tanah air jika diserang. Selain itu, amuk juga dilakukan untuk menuntut bela atas kematian seseorang ataupun kerana maruahnya tercabar. Amuk ini bukan sahaja mengerunkan kita orang Melayu tetapi turut digeruni oleh penjajah.


Jono de Barros dalam Decada IV ada menyebutkan;


"Dan mereka menganggap sangat tidak dimaafkan apabila dahi mereka disentuh dengan tangan, mereka menamakan balas dendam ini dengan amuk".


Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa amuk orang Melayu itu boleh berlaku dalam perkara yang cukup kecil namun menggores maruah. Dengan hanya menyentuh dahi sudah cukup untuk orang Melayu melakukan amuk.  


Frank Swettenhem dalam bukunya  Malay Sketches menghuraikan perihal amukan orang Melayu;


“ Orang Melayu pantang menerima sebarang penghinaan, padanya hal ini harus dihapuskan sekalipun dengan pertumpahan d4rah. Jika dia merasa maruahnya dicemarkan, sama ada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan perasaan itu dalam hatinya sehingga dia betul-betul dihantui dengan niat untuk menuntut bela.”


Sejarah Melayu menceritakan amuk yang berlaku semasa perang antara Melaka dengan Kelantan. Dan amuk turut digunakan semasa perang antara Melaka dengan Siam. Dalam Perang Melaka-Siam II, Tun Omar anak kepada Tun Hamzah telah melakukan amuk seorang diri ke atas perahu angkatan Siam sehingga menyebabkan Siam merasa gerun dengan kekuatan tentera Melaka. Dalam Perang Musuh Bisik pula, serangan mengejut 7000 tentera Siam telah mengejutkan pembesar dan pahlawan Kedah yang tidak bersedia  bersama ratusan lagi penduduk Kedah  telah melakukan amuk sehingga berjaya membunuh ramai tentera Siam, walaupun akhirnya mereka terkorban kerana mempertahankan tanah air. Itulah amukan Melayu, iaitu satu sifat tindak balas jika mereka merasakan maruah dan air muka mereka tercalar, agama mereka diperlekeh atau tanah air mereka diinjak-injak.


#JagatIMPAK

#Amuk

#PerihalMelayu


Sumber: The Patriots

Wednesday, January 8, 2025

MANUSKRIPT KERIS :Mengenai "Manuskrip Keris"

 


MANUSKRIPT KERIS :Mengenai "Manuskrip Keris" yang kita lihat pada gambar di bawah, ianya ditulis oleh Tok Pulai Chondong.Beliau meninggal dunia pada tahun 1874 Masihi, jadi manuskrip itu sudah berusia 200 tahun lebih. 

Selain tatacara membuat keris yang ada dalam manuskript tersebut, ianya turut menceritakan tentang kewujudan dua bilah keris paling terkenal era zaman kegemilangan pemerintahan Melayu Melaka Lama. 

Ia tertera pada dua petikan ayat bergambar yang merujuk kepada senjata milik Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat. 

Berikut adalah terjemahan yang ditulis dalam bahasa Jawi :

   "Keris Hang Tuah juga turut
    menerangkan jumlah besi yang
    digunakan untuk membuat dua
    bilah keris tersebut. Bagi Keris
    Taming Sari sebanyak 20 jenis
    besi digunakan yang terdiri dari
    pada dua jenis utama iaitu
    campuran besi kursani dan tahi
    bintang (meteorite).
    Manakala bagi Keris Pengkarang
    (Keris Hang Jebat), dia dibuat
    dengan campuran 10 jenis besi
    dan di antara besi yang digunakan
    ialah juga tahi bintang".

Apa yang pasti, dua petikan ayat ini menimbulkan satu tanda tanya kepada kami malah membuatkan kami kagum, dari manakah Tok Pulai Chondong boleh mendapatkan maklumat tentang dua bilah keris ini secara terperinci. 

Jika diteliti tarikh asal manuskript ini ditulis, ia jelas menunjukkan bukan ditulis pada zaman Kerajaan Melaka. Dan setakat hari ini tiada maklumat lengkap diperolehi bagi menjawab segala persoalan ini.

Manuskrip tersebut mempunyai 38 halaman muka surat. Selain keris tercatat juga beberapa amalam zikir yakni Hizb al-Bahr. Zikir tersebut adalah "Zikir Perang" yang telah menjadi amalan pandekar kita dahulu.

Manuskript tersebut kini berada di Muzium Warisan Melayu UPM dibawah jagaan "Dr Muhammad Pauzi Abd Latif" selaku Pengarah Muzium dan pengkaji sejarah.

Al-Fatihah buat Tok Pulai Chondong. Jasanya amat besar kepada masyarakat Melayu khususnya di bumi Kelantan. Beliau selaku ulama terawal yang mengubah cara kehidupan rakyat di Kelantan dan menyebarkan Syi`ar Islam. 

Tak silap kami pondok beliau adalah pondok terawal di Kelantan yang dibina pada tahun 1820 Masihi.

Bissirril Fatihah.
~ #TengkuDaengMawelle
    24 Disember 2020

Untuk info #sejarah menarik,boleh join: https://t.me/sejarahtanahmelayu